...bismillahh...
balik kelas Physical Education tadi, dok mengadap laptop
dan ber-blogwalking
dan terbaca satu artikel kat satu website ni
a simple knowledge to share
personally aku memang pantang tengok orang menguap tak tutup mulut
selalu tengok sesetengah lelaki yang menguap sebesar-besar alam
haih geram tengok.tak tahu kenapa
so bila terbaca dan tahu, aku pun rasa ooo...patutla kita boleh sakit hati semacam tengok orang menguap luas-luas ni kan
okay, ini hadith yang dipetik :
Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.
ini :
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim
itu hadith menyatakan bahawa kita seharusnya menutup mulut kita apabila menguap
lagipun memang nampak kurang sopan kan, kalau menguap luas-luas,kan?
okay, ini pulak hadith mengingatkan supaya kita merendahkan suara ketika menguap dan bersin :
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
okay, renung-renungkan..hari ini saya kongsi sedikit ilmu yang saya jumpa :)
it may look small and light, but for at least we may be able to improve another part of ourselves :)
p/s : Allah, jagai hambaMu ini