f o l l o w e r s

Saturday, December 10, 2011

Allah lebih tahu


...bismillahirrahmanirrahimm...

Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik dari-Mu,

aku meminta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu,

aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak,

maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa,

Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui bahawa perkara-perkara ghaib.

Ya Allah, 

jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang,

maka tentukannya untukku dan permudahkannya untukku.

Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya.

tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada.

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

amiiinn.




p/s : Allah, Engkau lebih Tahu, maka beritahulah aku.